Isnin, 24 Januari 2011

MenTaaTi Ibu Bapa Tanpa Batasan



Kalau dulu..kita masih lagi kecil..perlukan ibu dan bapa dalam hidup kita..sekarang, kita sudah besar..kita sudah xperlukan mereka lagi...mereka hanya diperlukan ketika hari raya..ketika kita kehabisan duit..tp..pernah kah kita pikir..betapa mereka memerlukan kita setiap saat di dalam hidup mereka..

Orang kata..anak2 adalah permata yang paling berharga bagi ibu bapa..Ibu sanggup menggadaikan nyawa semata2 untuk melahirkan kita di dunia ini..sanggup mengetepikan perasaan takotnye demi memberi peluang kepada kita melihat dunia..sanggup menyakiti diri sendiri demi memastikan kita dapat hidup di dunia ini..Hanya mereka yang bergelar ibu sahaja yang sanggup melalui semua itu...

Tapi..anak2 zaman sekarang tidak seperti itu...tidak sanggup melalui semua itu...malah ibu itu hanya lah boneka bagi mereka yang sanggup mereka permainkan..yang sanggup mereka sakiti..betapa kejamnya anak2 zaman sekarang...kalau dulu..ibu jarang2 skali memarahi kita..kalau marah pun..bukan la kerana membenci..tp kerana perasaan kasih dan sayang nya yang tiada tolak bandingnya..demi memastikan anak2 nya tidak lalai dalam hidup..tp sekarang..cuba lihat..anak2 seperti mudah sekali meninggikan suara kepada ibu bapa...tidak ada kah perasaan takot dalam diri mereka..tidak ad lagi kah rasa hormat dlm diri mereka..tidak ada lagi kah perasaan berdosa dalam diri mereka..Ya Allah..Kau ampuni lah mereka..

Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda jika dibandingkan dengan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.Sungguh besar pengorbanan seorang ibu..Tiada apa harta di dunia ini yang dapat membalas jasa ibu...